Selamat siang.
Selesai dengan rumah terbuka semalam. fuhhh~penat.
Kepada mereka yang datang, terima kasih diucapkan. Lepas ni bolehlah datang lagi. Buatlah macam rumah sendiri. Tapi janganlah sampai nak bukak peti ais, tolong cuci pinggan, masak, basuh kain semua tu...dah macam maid gayanya tu. hahaha. Rumah ak sentiasa terbuka. Eh, tak tak. Terbuka bila aku ada di rumah sahaja. kwang3.
sekarang ni aku tak tau apa masalahnya dgn pompuan-pompuan yg aku jemput. Sibuk uruskan rumah tangga agaknya sampai SENGAJA tak memenuhi jemputan aku. Mungkin diorang nak main 'Ada ubi ada batas' dgn aku sbb aku x datang open house diorang. okeh, tak pe korang takpe. nanti jangan tetiba minta nak webcam dengan aku bila aku kat kampus nanti. kampus aku kan ceruk~ internet sangatlah bermasalah disana. aku merajuk dengan korg korg. :| menci ar camnih. tak nak reply & angkat call dr korg. HAHAHA
Buat teman-teman rapat yang tak tunjuk muka tu,
aku rindu korang! Tapi cuti perlu diteruskan. Walaupun aku rindu korang, aku tetap sukakan cuti. Tetap rindu korang. Tetap jugak sukakan cuti. Jadinya, hargailah percutian kita yg panjang nih. Jauh di mata dekat di hati. kahkahkah.
Untuk tatapan,
Aku tau page lambat load sebab banyak gambar. Tapi memandangkan ni blog aku, tempat aku menulis, tempat aku membuang sisa-sisa muntahan perasaan, aku tak kira! aku tetap nak letak banyak gambar kat sini. Sebab aku tak ada masalah load page. Untuk mood aku ketika ni, aku memang tak mahu memikirkan orang lain. Aku hanya pikirkan aku.
Nota kaki : Dah, assignments LAW dah mula memanggil aku tu. Dengki betul kannn? ;(
No comments:
Post a Comment