Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan di Kolej baru

Apakah yang seronoknya menjelang & sepanjang Ramadhan?

Pertama, kita akan makan nasik (macam tak pernah makan nasi sebelum ni) Tapi kenyataan ini memang hiperbola belaka. Merbokians kata 'statements gegehhss~'  Aku kan manusia yang tidak suka makan nasik. Aku hanya menjadikan roti sebagai makanan ruji. Aku kan ala-ala Arab. KAHKAHKAH. Boleh booo~ Selain itu, kita akan menjumpai lauk-pauk dan kuih-muih yang aneh-aneh, pelbagai rupa dan rasa juga membuat tekak saya berasa nak hancur kerna keanehan juadah tersebut. Kita juga akan bersahur dan bangun dari tidur untuk makan. Bukankah kejadian ini sangat luarbiasa dan sangat tidak praktikal pada bulan-bulan lainnya?



JUGA, we have dates! I ♥ dates! Kurma lah. Bukan dating!. Janganlah berdating sewaktu berbuka juga bersahur. Tahukah kenapa saya suka dates? Sebab memakan kurma memang sedap! Bulan-bulan lain agak susah nak jumpa KURMA. ye kan?

Sebenarnya, berpuasa boleh menguruskan anda. Tetapi perlu mengamalkan cara yang betul. Kalau anda makan dengan rakusnya sepanjang malam, pastilah peluang untuk kurus TAK akan tercapai. Oleh itu, tingkatkan Iman pada waktu malam. Pergi ikut emak sembahyang TARAWIKH adalah lebih baik. 

Janganlah menjadi seperti angel pada waktu siang dan bertukar menjadi vampire yang kuat makan sepanjang malam lebih-lebih lagi siap ada second round third round yang selalu dibuat oleh abang selepas pulang dari solat terawih. hahaha. yes abang, saya tuju dekat awak ni haaa! ^^V

Nasihat ini percuma sempena Ramadhan. Kalau tak, aku charge jugak tu! HAHAHA. Apa kau ingat aku pernah bagi service percuma selama ini?


Ha.Dah.Aku nak bitau apa yang aku rasa sekarang ni.
Aku SERONOK. SERONOK sebab dapat berpuasa di kondominium baru. Eh, tersasul pulak. KOLEJ baru. Saya pindah juga ke kolej baru akhinya setelah hampir dua bulan berstatus menumpang. Baru je pindah semalam. Pulang sahaja ke kampus, tak payah nak rehat-rehat bagai, terus packing-packing barang & kerah junior di dalam bilik yang sedang bersenang-lenang untuk tolong angkat segala barang. Haih. Biasa dia tu~ Aku kan sentiasa RELAX. Hari nak pindah, hari itu jugaklah ak nak mengemas. Alah, bukan nak kena masuk segala barang dalam kotak nak kena naik kontena bagai. Adalah dalam 100 meter. Masuk dalam luggage, SIAP!. 

Gambar akan menceritakan segalanya. tatap puas-puasa supaya tidaklah anda berasa cemburu nanti. Hahaha. Maaflah gambar sangat naif sebab aku malas nak keluarkan kamera.

Baru SUKU. ada lagi. heh, banyak betullah.

ok, nasib baik luggage yang besar tu tak nampak. ^^
Gambar bangunan tidak dapat diupload. Blogger sedang berdengki barangkali. Tidak mengapalah, lain kali saya masukkan.

nota kaki :
Aku baru terperasan aku belum lagi membeli tiket untuk pulang ke negeri sempena hari raya. Khabarnya, tiket pulang ke kelantan sudah kehabisan. Eh, macam aku nak balik kelantan aje kan. Balik selangor sudah. Tapi, bila dengar khabar berita macam tu, ketaq satu badan (bangga sebentar sebab ak dah reti guna loghat kedah. wink2). Harap-haraplah tiket ada. Kalau tak ada, naik bas lompat-lompat lah jawabnya. Apa salahnya kan? Bila lagi nak mencuba. ye tak? hahaha. okeh, boleh menangis setempayan dua. Menangis lah kau tak dapat balik. Dah, sekarang ni mari kita berdoa supaya TIKET TRAIN KATIL BAWAH ada.

No comments: