Perubahan yang berlaku dalam semester ni sehinggakan aku sendiri pon tak paham.
yes, i do compare with my new roommates.
1. Kenapa semakin hari aku semakin bangun lewat?
- sebab tidur dekat lantai memang sejuk. macam tidur dalam air-cond. sebab tu liat nak bangun pagi. ada penawar?
2. Kenapa dah pukul 7.10 pagi, tapi kamar mandi masih lagi penuh?
- sebab junor dah mula jadi malas. Baru bulan pertama. Kalau dulu, floor aku tak ada yang macam ni. After 7, dah tak ada yang masih mandi lagi. Semua sibuk buat french toast. (:
3. Kenapa air yang dijerang oleh roommate 10 minit awal tapi air yang dijerang oleh aku masak 5 minit awal daripada air dia?
- Sebab dia menggunakan cerek elektrik yang tidak berjenama & tidak berkuasa tinggi. HaHaHa. Membazir elektrik betul. Belagak! tak mahu kongsi dengan aku. menyusahkan kau nak cocok plug dekat bawah tu.
4. Kenapa roommate buat muka pelik bila tengok aku tak makan nasi?
- Sebab masa awal semester hari tu.. aku tersenduk lalat & nasi. aku tahu kau sukakannya. HAHAHA.
5. Kenapa roommmate beli roti jugak sedangkan dia tidak mampu untuk menghabiskannya sebelum tamat tempoh?
- Sebab dia bukanlah penggemar roti macam aku yang menjadikan ROTI sebagai makanan ruji setiap hari. Tambahan, dia teringin nak buat french toast macam aku buat setiap hari. Tulah, malu lagi nak minta, kan dah makan roti tamat tempoh.
6. Kenapa roommate dah mengantuk, tapi tak mahu tidur jugak?
- hamekkk~ sampai tertidur-tidur atas meja. Tulah, rajin sangat buat kerja amal. Bila aku dah tutup lampu, sibuk nak buat assignments.
7. Kenapa roommate mesti tidur siang?
- Tengok, aku pun dah terikut tidur siang walaupun tidur-tidur ayam. Malamnya, aku jugak yang tidur awal macam penat sangat je.
8. Kenapa ada orang sibuk nak offer aku makanan yang aku tak suka?
- aku muntah kat depan kau baru tahu.
9. Kenapa ada orang rumah sejengkal dengan kampus tapi tak mahu balik rumah?
- Tak reti betul nak manfaatkan apa yang berdekatan dengan kita. baliklah. bagilah peluang aku tidur dekat atas katil pulak =.=' sakit tulang temulang dah ni.
10. Kenapa aku tanya soalan, aku sendiri jawab?
- Entahlah.sebab aku sendiri pon tak paham.
nota kaki : aku rindu roommate lama. cepat-cepatlah pindah kolej baru.
5 comments:
haha. aku suka post nie.
;))
anda terbaek lah ;))
soklan ke 9 buat aku sentap teruk!!!
umah dkt.. sejam jer..
tp dh lme xblik..adoyai..xde mse lorh :(
HAhaha..rumet awak tak terasa ke dgn post ni?
jiha : aku tahu ko kan kipas-susah-mati aku. hahaha (:
khai : orang yg homesick je boleh balik selalu. anda kan STRONG~ (:
zaiddin : HAHAHA. sebab dia tak ada laptop mahupon broadband. lgpon dia mana tahu url blog saya.
haha.nape ko benci gila ni wei.nanti ko syg gila kt dia br tau.haha
Post a Comment