Beach tu biase je. Ice room tu sebenarnya yg membuatkan ak teruja.
Baru-baru ni kami ke port dickson. Okeh, Port Dickson ye...destinasi wajib bercuti setiap tahun. Tak pergi memang tak sah. sengaja bold disitu.hehe. macam biasa, menginap selama 3 hari 2 malam di Bayu Beach Resort.
Lebih kurang pkul 1 tgh hari baru bertolak. yelah, check in lambat lg. kali ni konvoi dengan 2 buah kereta sahaja. satu uncle drive, & satu lagi aku drive. hehe. kali kedua ak drive ke PD. biasalah.. kereta remaja, penumpangnya mestilah remaja juga. ktorg ber-empat dalam kereta. eh eh eh..bukan remaja sahaja..sebab bibik tumpang skali. dia x boleh naik kereta dengan uncle nanti muntah. adehhh~ hoho. kiranya ak ni pemandu berhemah lah~ *bangga disitu.
Tak sampai satu jam ak drive, ktorg dah sampai PD. pastu bertapa lah dalam kereta disebabkan uncle lambat sampai. nampak sangat ak memandu melebihi had. ketika dalam perjalanan, siap boleh main test kelajuan lagi. miza cabar ak suruh bawak smpai 140, ak dh capai. gile kentang! hey hey, kena saman kang! tunggu sahaja lah surat saman sampai ke rumah =.='
Padanlah dengan muka, kami kelaparan. Hanya berbekalkan sebungkus roti gardenia kosong tanpa kaya atau jem. apalagi, makan sajelah. sayang perut lah katakan. xnak ak ke hospital lagi. x pasal-pasal. ak makan roti tu sorg2 sebab lagi 3orang tu memilih sket. biasalah~ ak dh biasa hidup makan roti roti roti ni..
Percutian kali ni macam bosan pulak. mungkin sebab x ramai ahli keluarga yang turut serta.yelah.. pergi weekdays bukan weekend. kalau weekend konfem ramai yang ikut. ditambah pulak dengan cuti sekolah. barulah seronok! :D
Waktu petang, ak merajinkan diri jugak untuk turun ke laut. ecehhh..macam jadi nelayan nak pergi menjala ikan sume tu. haha. tapi ak turun sekejap je sebab nak tonton 'syahjihan' memandangkan minggu ni episod terakhir. okeh, ak dh terpengaruh dengan drama melayu. itulah.. haishhh~
Malamnya, ktorg x buat apa-apa selain bertapa di dalam bilik sebab uncle tgk berita dekat tv3 lepas tu kami berebut laptop sebab masing-masing nak online facebook nak angkat makanan dekat cafe world, nak kutip duit dekat happy island, nak harvest sayur dkat farmville sume tu. okeh, salah seorangnya ak. ak xkan mengalah dengan budak kecik. mana mungkin? hahaha. Disebabkan ak kalah malam tu, ak bukak wayang dalam bilik. nasib baik ktorg bawak skali projector. so, boleh buat pawagam. 'Semerah Cinta Stilletto' menjadi pilihan. bolehlah.. menarik jugak. not bad. pastu semua orang tido awal malam tu sebab kebosanan.
Hari kedua, pagi2 lagi dh kecoh2 sebab angin laut kuat sangat sehinggakan baju yang disidai terbang2 smpai jatuh atas atap. eh, mcm pelik je? yelah.. atap bawah ok. haha. ktorg duduk aras 3 lahh~
Ombak pon kuat jugak. memukul pantai sehinggakan terjadinya tebing. tak pernah-pernah ok. tonton berita pagi tu baru tau indonesia mengalami gegaran. ohh..patutlah. =.='
Bibik pulak sangat teruja dapat mandi pantai. ktorg siap tipu kak ati lagi.
"kak, ujung sana indonesia tau... kalau berenang boleh sampai jakarta"
okeh, kak ati percaya. hahaha :D
Malamnya pulak, sepupu sibuk ajak keluar memandangkan bapak dorg xnak keluar. ak lagilah malas nk drive mlm2 nih. ohh..Port dickson okeh. keluar masuk bandar jelah~
Sian tgk dorg bile dh bosan sangat. macam nak menangis pon ada. hahaha. So, ak cadangkan main nyorok2. Dorg setuju. Boleh nyorok dari aras1 smpai 3. turn naik lif, naik tangga sume tu tapi x boleh masuk mana-mana bilik/ gym / tandas.
awww~ jatuh seribu you know! hahaha.. husna, husna.. boleh pulak nak join kanak-kanak main nyorok-nyorok. okeh, boleh gelak guling-guling sekarang.
mereka yg terlibat. okeh, abaikan yg berbaju biru tu. ^,~
Semasa tgh sibuk tukar baju, kak ati pon beriya-iya tukar baju jugak. bila dh siap, baru dia tahu ktorg nak pergi main nyorok-nyorok. hahaha. ingatkan kak ati nak batalkan hasrat. rupa-rupanya dia yang terlebih excited! dia yang keluar dahulu dari bilik. seee~ tgk lah sape dier punya kawan. hahaha ^^
Paling tak tahan skali, masa tgh menyorok, hp kak ati berbunyi. omg! masa nilah cowok sibuk2 nak call. heh, bantai gayut smpai taik telinga cair~ okeh, disgusting disitu. memang seronok lah dapat kenakan budak-budak. sorry korg. ktorg nyorok kat aras 4. memang lah korang takkan jumpa ktorg. hahahaha. okeh, len kali make sure satu group dengan ak.
Hari ketiga, nak balik dah. pagi-pagi turun mandi pantai sekejap. pukul 10 dah naik. 1 jam kemudian, terus check out dr hotel memandangkan kami dh bosan teramat. so, dorg decide nak singgah bandar PD sekejap. tapi ak x join. memandangkan ktorg nak singgah 'ice room' dkat nilai square. mak uda lah ni yang racun ktorg smpai ktorg teruja nak pergi makan dekat ice room tu. apa lagi, pecut habis lah.
Memandangkan 3 orang penumpang tu tidur mati, ak plak cakap sorang-sorang ketika drive.memang kesian lah kat pemandu. so, tekan jelah minyak. macam nak terbang pon ada jugak. lbih kurang 30 min perjalanan ktorg dh smpai ice room. woahhh! teruja habis!
Masa tengah makan, bibik memeranjatkan ktorg.
"waduhh~ periuk nasinya di mobil. bapak mau makan. ayuh pulang! "
okeh, bibik x cakap mcm tu pon. ak ubah. ye..ternyata periuk nasi memang ada dlm kereta. so, x boleh makan dengan tenang smbil menikmati keindahan iceroom tu. hahaha. ktorg terpaksa & dipaksa makan dengan gelojoh.
nah! org yg berjaya meletakkan dirinya di dlm hp ak. promote skali, ice cream.hamekk~ paksa ktorg blk cepat...kn dh msuk blog! ahahahaha :P
disebabkan ktorg pergi iceroom tnpa beritahu, makanya kena segera smpai ke rumah. okeh, skali lagi ak terpaksa memecut laju. maaf, jika surat saman smpai dekat peti surat. terima kasih abang posmen! jasamu dikenang. ^^
bile nampak kereta ktorg yg sedang memecut laju, guard terus bukak gate cepat2. macam nak langgar gate tu aje. sorry guard! ktorg takot kena marah. bile smpai depan umah, okeh~ dorg belum smpai lagi. grrr~
okeh, kak ati..sila picit kaki saya. hahaha. kunci rumah pulak tidak ada pada kami. so, bertapa lagi sekali. adalah dlm 30minit bertapa. rupa-rupanya dorg sume singgah muzium tentera. okeh. sangat penat. tapi xpelah.. dpat jugak ktorg merasa makan dekat ice room~ so, boleh buat dorg jeleous lepas ni. ^^V haa..puas hati.
p/s : mengharapkan posmen tidak akan smpai ke rumah sebelum ak balik ke merbok. terbaik!


3 comments:
best gilaaa vacationnnnn :D
wey speed sangat best okay
tp pastikan takde polis utk elak saman hahaha :))
ko maen speeding2 lak..jom race...
PD?? hurm..ble nk bwk ak g sne?? lme dowh g PD..huhu
nani : mmg xde polis. sbb tu boleh test kelajuan. haha
khai : kat merbok ak xde kereta. jd x boleh race. haha. eh, PD xde ape lahh~
Post a Comment