
Semoga aku panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga tahun ini lebih bermakna buat aku. Semoga ak bertambah lebih matang & berfikiran terbuka. Semoga aku tidak berebut remote control lagi.. Hahahaha..
Tahun ini merupakan tahun pertama aku sambut ulang tahun kelahiran jauh dari keluarga kerana aku di perantauan. Makanya aku tidak senyum sampai ke telinga hari ini. Hari ini juga aku telah selesai menjawab dua kertas final exam iaitu statistic & juga English. Sekarang ini, mahu menangis setempayan dua. Mana tahu boleh pinang lelaki idaman dengan air tempayan tersebut. Siapa tahu bukan? Juga, aku mahu qada’ tido balik. Sila jangan ketuk pintu bilik. Buat hal masing-masing ya coursemate. Kita ada gap 9 hari bukan?
Ok, disebabkan aku tidak dapat pulang ke rumah, makanya bonda yang sangat memahami telah memberi extra wang saku pada bulan ini sempena ulang tahun kelahiran. Wee~ Macam biasa. Setiap tahun, aku akan celebrate dengan rakan-rakan. Tapi tahun ini tidak. Rakan-rakan juga sedang sibuk menghadapi final exam. Good luck korang. Habis final kita jumpa ok! (eheh, memang setiap tahun ye anda menghabiskan duit bonda) Love you bonda! (: Promise tak berbelanja dengan rakusnya.
Hey, come on! Mana mungkin aku akan keluar befoya-foya selagi final exam belum sampai ke penghujungnya. Makanya, aku tidak akan men-celebrate ulang tahun kelahiran pada tahun ini. Tidak mengapa. Mana tahu sekarang ini aku menangis setempayan dua. Siapa tahu cuti semester nanti rezeki juga setempayan dua? hauhauhau
Buat rakan-rakan sama ada di alam nyata juga di alam maya, Thanks for the wishes. Really appreciate that. Terharu wehhh~

Saya mahu kek. Tapi tak ada kek. Adakah berbaloi sekiranya membeli kek pisang keluaran cap badut di kedai koperasi? & juga membeli sebatang lilin yang berharga 5kupang itu. Mungkin aku boleh tiup sepuas yang aku mahu. hahaha XD
“Roommate, nanti kita makan kek pisang sama-sama ye” kahkahkah
Eh, baru terperasan. First time kot celebrate dalam examination hall. Nasib baik tak kena 'prank'
No comments:
Post a Comment