Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Saturday, April 3, 2010

Beautiful Blogger Award


-->
Sebelum tu, nak jerit “QUE, thanks for the award! Sayang anda lah! Hehe “
Here the rules to accept the award:

1- Thank & link the person that gave you award.
2- Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3- Contact the bloggers and let them know they've won the award.
4- State 7 things about yourself.

7 THINGS ABOUT MYSELF
>sangat takut pada seekor kucing. Tapi bagi serangga-serangga yang orang takot sangat seperti lipas, cacing, lalat, katak..saya tidak. betul, x takot lgsg. x tipu punya. [berani jugak ak ni kan?? *bangga sebentar* ..Secara tiba-tiba sy menjadi fobia terhadap kucing setelah menjejakkan kaki di UiTM. nmpk sngt kedatangan ak ke merbuk tidak disambut baik oleh kucing-kucing sekalian~
>sangat menggemari makanan barat & juga ROTI. ye, memang nak kena humban dier ni. "bukan melayu jika tidak makan nasi". ouh, saya sangat tidak menggemari nasi sejak kecil. bukan tidak diajar, tapi memang susah untuk menerimanya. lebih gemar memakan roti berbanding nasi. tak makan nasi selama sebulan pon tidak mengapa. Heh, bilelah ak nak muak dari makan ROTI??
>sangat meminati warna MERAH sehinggakan orang yang meminati warna merah juga akan dilabel 'peniru' & akan diberi amaran supaya menukar warna lain.. hahaha [sangat kejam]. Any gadget yang warna merah je mesti rasa macam nak beli. “Heh, anda boleh berangan sebantar husna “ sila lihat-lihat wallet anda. Mana tau die sedang slim & slender.. ahaa!
>sangat sayang laptop melebihi daripada handphone. Bagi saya, Handphone merupakan senarai terakhir dalam top 10. alah, x tersenarai pon x ape~ Minat terhadap handphone boleh dikatakan tiada. Ahhh..x retilah nak guna sangat handphone melainkan handphone sendiri. kalau orang sibuk bincang-bincang pasal handphone, silalah jauhkan diri. & memang patut pon sy amat menyayangi laptop lebih daripada handphone. Percaya atay tidak, seumur hidup x pernah keluarkan duit utk beli handphone sendiri ^^V
mula memiliki handphone ketika berumur 18 tahun, diberi oleh abang pada bulan april '09 sempena hadiah hari lahir & sempena kemasukan ke UiTM. sangat ketinggalan zaman bukan? akhirnya, rahsia dibongkarkan juga. pengakuan berani malu~ kalau nk ikutkan, pd umur 18 tahun, sume kengkawan dah ada yang canggih-canggih punya. kalau dilihat orang lain pula, handphone adalah sebahagian dari nyawa mereka. kalau saya? lantak lah mereka nk label 'minah geeks' ke ape. buktinya, handphone saya pernah tidak bernyawa selama satu hari pon saya tak tahu. ntah-bile-die-kehabisan-bateri??
>saya tidak suka jalan kaki kerana nanti tapak kaki saya jadi panas & bertukar kemerah-merahan. rasa macam nak menangis pon ada. ok, itu baru satu alasan. lagi satu, kerana saya amat geli pada jalan raya. saya sayang selipar saya. x mahu ia kotor. sangat geli. sebab saya akan buka selipar saya di dalam rumah. tidak tahu mengapa. juga sebab selalu nampak orang ludah sana-sini. jadi, selalu terbayang-bayang jalan dipenuhi dengan ludah-ludah-mereka. kalau terpijak, rasa macam terus nak pakai selipar baru aje. selipar yang itu, mahu dibuang~
>saya tidak suka orang kunyah gula-gula getah juga memakan asam/jeruk di depan saya. paling teruk bila ada orang baik hati meng'offer' makanan tersebut kepada saya. boleh muntah hijau ok! maafkan saya, jika saya menjauhi anda selama 3 hari kerana anda memakan asam di depan saya. saya lihat anda menguyah makanan tersebut ok!. kalau saya tidak nampak tak mengapa. pernah berlaku satu insiden di dlm train dimana ada seorang ni buka sebungkus jeruk & mengunyah dengan selambanya. serius, nak muntah masa tu. air mata pon dah bergelinangan jugak~
Oppsss! Ha.. kan dah terbitau sumenye.. hahaha =D

No comments: