
sekali lagi, sekali lagi, sekali lagi & sekali lagi. kita main tutup segala lampu2 yang ada ye kawan-kawan.
tapi kan.. masalahnya sekarang.. sy x tau lah pihak kolej nak sruh tutup lampu sahaja atau putuskan terus je letrik secara mengejut macam dolu-dolu~
siang tadi lepas kuliah sy terbaca poster yang ditampal oleh pihak uitm.
"dear students ,
set your time, save your documents in laptop/pc , charge your handphones before UiTM SWITCH OFF the electric"saya sungguh eksaited tau bile dapat tahu 'Earth Hour' kembali lagi. tahun lepas x dapat nak sokong kempen tu sebab attend dinner dekat PICC Putrajaya. mana mungkin pihak penganjur nak tutup segala lampu-lampu yang ada. tak tahulah kalau adek beradik di rumah bersemangat menyokong kempen tersebut. kalau betul mereka sokong, haishh..lepas ni berjanji tidak akan rebut remote control dengan korang lagi. hahaha ^^
sebenarnye..baru 2 hari lepas saya tahu mengenai 'Earth Hour' ni. ok. sekarang kau boleh gelakkan ak.
"heh, kau sungguh lampi husna. x baca surat khabar ke ape?? duduk mana?? "
okeh, jangan tanya. saya malu mahu jawab. hahaha (:
okeh, jangan tanya. saya malu mahu jawab. hahaha (:
serius, saya sudah malas merajinkan diri membeli surat khabar. saya sudah ban itu kedai buku dalam kampus kerana tidak menepati cita rasa. kurang gula, garam, asam jawa semua..
lebih baik saya merajinkan diri membuka laptop dan baca online newspaper aje.
saya sanggup bersusah payah nak bukak almari, keluarkan laptop dari beg pastu letak atas meja, switch on the laptop, tunggu internet connection berwarna biru yang memakan masa sume tu..[nampak sangat ak malas nak bukak laptop sebelum ni] hahaha
harap-haraplah ahli-gila-kuasa-kolej x buat perkara seperti dolu-dolu. nak main ugut-ugut plak. kali ni, kalau ada announcement ke ape.. saya dan roommate sudah nekad. kami akan buat-buat tak dengar jer. kalau nak datang bilik, kami akan pasang jaring depan pintu. ahahaha ^^ kejam,kejam..
saya sedang bersemangat nak sokong kempen ni. anda?
untuk penjelasan lanjut mengenai 'Earth Hour' layari sini ok! (:
No comments:
Post a Comment