Hear me by this.

For things to change, I MUST CHANGE FIRST!

Saturday, February 20, 2010

selamat berbahagia

Cuba teka sekarang pukul berapa? pukul 2.34 pagi. sekarang ni jari-jemari aku maseh bertenaga untuk menekan keyboard. mata pula, terasa macam bola-bola api panas. Tekak aku pedih sekarang ni macam ak makan duri & minum paku masa dinner td. Hyper tak ayat aku?

gile panas skrang ni walaupun kipas 100% hala kt ak sorg aje.

ak masih sibuk ber-online lg. sepatutnya sudah masuk beradu. kerana ak dh nk blk kampus dh pon. "hello assignments, bye-bye holiday". dan sememangnya ak
dh planning nk tido lmbat mlm ni sebab seharian ak akn berada di dalam bas. jadi, lebih elok tidur dr melihat perkara-perkara yg x sepatutnye kite lihat ye rakan-rakan (:

Pagi ni, aku akan keluar dari rumah.Takkan tinggal bersama keluarga lagi.
tepat jam 9. aku akan pulang ke kampus. punyalah tak sabar.
Banyak hulubalang-hulubalang dgn pelbagai hantaran tunggu aku disana.Tak de hal kali ni.
Aku akan pulang ke kampus, belajar jadi seorang akauntan dgn kuasa kuda terbang~

&& banyak agenda dah menanti. Seperti :

1) presentation subject CTU : Islamic thought and Civilization
2) project MGT : siapkan satu company profile
3) cases study : MGT jugak.. kne wat presentation mengenai syarikat gergasi dlm malaysia [ni mmg nk kene ni sbb ak x cari lg info] ^^V

yg keempat jauh sikit lah~

4) tetibe je rasa macam nk minta diri. terasa macam nk baring & pejamkan mata pastu celik semula esok pagi. Ok,lappy..selamat malam~ ak nk tido.esok nak masuk kampus dengan hati yang tenang.
[hampeh, kate nk jadi kelawar mlm ni??!]

nota kaki:

Selamat berbahagia buat aku dan buat semua. selamat berbahagia juga buat pasangan bercinta yang tak ingat alam semua. dunia ini bukan milik kamu berdua, ok!. Dunia milik kita bersama. Ak tahu kamu berdua baru sahaja meraikan hari yg tidak-sepatutnye-engkau-raikan. lain kali, bercintalah secara berhemah.

kalau ada sumur diladang
boleh kita berjumpa lagi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi

buang tabiat kot tetibe je nk berpantun-pantun bagai~ hahaha ^^V

No comments: